Buku ini membicarakan perniagaan haji di Pulau Pinang sejak abad ke-19 hingga 1970-an yang berpusat di Lebuh Acheh, George Town. Kajian ini memberi tumpuan kepada penglibatan orang Melayu-Muslim dalam bidang ini selain kesan perniagaan haji kepada pelbagai sektor ekonomi termasuk perniagaan buku/kitab, percetakan dan juga kesannya kepada peniaga-peniaga bukan Melayu. Surat Menyurat Sultan Abdul Hamid menyentuh pelbagai aspek sosio-ekonomi Kedah termasuk urusan belanjawan negeri Kedah, kegiatan ekonomi termasuk dari pelabur-pelabur Cina dari Pulau Pinang dan hubungan sosio-ekonomi Kedah dengan Siam dan Inggeris. Kumpulan esei-esei ini diterbitkan bawah Tabung Peringatan Tan Sri Mubin Sheppard
Isi Kandungan:
I. Abu Talib bin Ahmad, Perniagaan Haji di Pulau Pinang dan Dokumentasi Sultan Kedah
II. Siti Amirah binti Abdullah, Sejarah Perniagaan Haji di George Town, 1860-an – 1970-an
III. Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz, Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Sebagai Dokumen Sejarah Sosioekonomi Negeri Kedah (1881–1943)
IV. Indeks